PERUSAHAAN TANAMAN KOKO

PERUSAHAAN TANAMAN KOKO

RM27.00

Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman coklat. Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bemula pada tahun 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia, penanaman koko secara komersial dilakukan apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini. Koko merupakan salah satu komoditi utama negara dan berperanan penting dalam membantu menyokong ekonomi Negara terutama dalam penyediaan bidang kerja, sumber pendapatan pekebun dan sumber pertukaran matawang bagi Negara di samping mendorong berkembangnya agrobisnes dan agroindustri. Koko boleh ditanam sebagai tanaman tunggal atau tanaman campuran bersama-sama tanaman lain seperti kelapa, kelapa sawit dan buah-buahan seperti durian. Oleh itu, sangat sesuai untuk mempelbagaikan tanaman sebagai usaha meningkatkan pendapatan. Koko merupakan salah satu tanaman pertanian yang utama selepas kelapa sawit dan getah di Malaysia. Keadaan iklim dan lading yang sesuai untuk pertumbuhan koko mendorong pengembangan pembangunan perladangan koko Malaysia.

‘Perusahaan Tanaman Koko’ dapat membantu menyebarkan maklumat teknologi perusahaan tanaman koko kepada para pengusaha dan pengusaha agroindustri koko.

1 in stock

Category:

Description

AUTHOR : REDAKSI AGROMEDIA

ISBN : 9789673223374