PERUSAHAAN TANAMAN STRAWBERI

PERUSAHAAN TANAMAN STRAWBERI

RM15.90

Di Eropah, strawberi merupakan salah satu buah yang amat digemari. Kebelakangan ini, masyarakat di Malaysia juga mula menunjukkan minat yang semakin bertambah terhadap buah yang menarik ini. Ini dapat dilihat daripada kemunculan banyak rangkaian kafe dan restoran yang menghidangkan  strawberi sebagai sebahagian daripada menunya, kebun-kebun penanaman strawberi yang boleh dipertik sendiri oleh pengunjung dan juga kilang-kilang yang memanfaatkan buah strawberi sebagai sebahagian daripada tarikan utamanya untuk memikat pengunjung. Namun, peningkatan permintaan terhadap strawberi masih belum dapat dipenuhi sepenuhnya oleh pengeluar dan petani. Secara umumnya, permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan petani strawberi ialah berikutan kurangnya pengetahuan yang khusus selain daripada ketiadaan atau kekurangan teknologi penanaman. Keadaan seperti ini pastinya akan menyebabkan pengurangan produktiviti di samping kualiti buah yang tidak terjamin. Jika ada sekalipun pengeluar strawberi yang telah memanfaatkan teknologi di dalam perusahaannya, kemungkinan perkongsian maklumat sesama petani atau pengeluar lain masih berkurangan.

Buku ‘Perusahaan Tanaman Strawberi’ bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan khususnya buat para petani atau pekebun strawberi dengan nutrienpan ia akan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti buah yang dihasilkan.

1 in stock

Category:

Description

AUTHOR : AGUS KURNIA

ISBN : 9789673223435