TERSONTOT DI PINTU SHORGA

TERSONTOT DI PINTU SHORGA

RM17.00

Ketika buku ini siap, mahkamah baru sahaja membuat keputusan tentang kes saman pemula Alfafa terhadap saya.
Ia bermula sejak tahun 2013 lagi.
Pertama kali dalam sejarah saya menentang scammer sejak tahun 2002, saya dibawa ke mahkamah oleh Norsham dan Alfafa.
Skim projek perumahan banglo murah tak masuk akal too good to be true ini saya bongkar sejak tahun 2013, dan sehingga kini sudah masuk 2017, sebatang tiang rumah pun tidak nampak bayang.
Asalnya saman fitnah pada tahun 2015 tapi tidak ada susulan dari pihak mereka dan kemudian tahun lalu, mereka memfailkan saman pemula dan sebutan kes pada bulan Julai 2016.
Jika Tok Belagak menggunakan skim emas delay, skim Alfafa pula menggunakan elemen hartanah dalam skim mereka.
90% sama dengan apa yang berlaku ketika insiden sontot emas ETA Tok Belagak dan sewaktu dengannya.
Dalam buku ini saya kongsikan kisah-kisah “Travelog Financial Figther” menentang scammer.
“Perang Melawan Scammer” ini tiada penghujungnya.
Sekalipun “menang”, sang “Financial Fitghter” tercedera kira dan kanan.
Manakala bagi sang scammer, walaupun tewas tapi wang yg dipungut sudah berkoyan-koyan.
Financial Fighter “menang” dengan penuh dukacita mengenangkan nasib mangsa yg sama bangsa dan agama dengannya.
Manakala sang scammer pula “tewas” dengan penuh gelak tawa kerana dia tahu dia memang akan kalah akhirnya dalam peperangan yang mereka memang tahu akan tercetus dengan Sang Financial Fighter.
Sang Scammer tahu bahawa program “sontot”nya akan “collapse”. Jadi, mereka akan cari sebanyak mungkin mangsa, dan kumpul sebesar mungkin laba sebelum muncul Financial Fighter.

 

8 in stock

Category:

Description

Author : Afyan Mat Rawi

ISBN : 9789673693719

Additional information

Weight0.3 kg