Sempena Hari Bapa 2026, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua insan bergelar bapa yang menjadi sumber kekuatan, pelindung keluarga dan pembimbing kehidupan.
Kasih seorang bapa mungkin tidak selalu diungkapkan dengan kata-kata, namun pengorbanan, usaha dan doa yang tidak pernah putus menjadi bukti kasih sayang yang tiada tandingannya. Di sebalik setiap kejayaan anak-anak, tersimpan pengorbanan seorang bapa yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat keluarga.
Semoga semua bapa sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Selamat Hari Bapa 2026. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai.
Ikhlas daripada seluruh warga My Bookstore.
Sehebat KASIH Bapa melambangkan ketabahan, keikhlasan dan kasih sayang yang menjadi inspirasi dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berjaya.
